Pendekatan terbuka – Negara anggota AEC tehti potensi FTA dengan EAEU Ogos im
Harian Metro
Negara anggota Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan meneliti potensi perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara ASEAN dan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) pada mesyuarat pegawai kanan ekonomi ASEAN (SEOM), Ogos ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia perlu mendapat konsensus daripada negara anggota ASEAN sebelum sebarang rundingan dengan Russia dan empat negara EAEU dijalankan.
Beliau berkata, Malaysia sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan dalam segenap pe luang perdagangan dan pelaburan, sekali gus secara dasarnya bersetuju dengan cadangan FTA berkenaan.
“Ia peluang baik untuk di laksanakan. Oleh itu, negara dalam blok ekonomi AEC akan berbincang terperinci sebelum keputusan dicapai. Malah bagi Malaysia, kita memandang nya sebagai inisiatif baik berikutan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Russia agak terhad ketika ini.
“Malaysia sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan FTA memandangkan negara mahu mempelbagaikan hubungan dagangan dan pelaburan dengan mengambil kira potensi masa depan Russia yang berkembang baik,” katanya selepas majlis Dialog AEC 2025 di sini, semalam.
Dialog anjuran MITI ber sama Institut Penyelidikan ASEAN CIMB dihadiri lebih 150 peserta terdiri daripada syarikat multina sional dan per niagaan serantau membincangkan mengenai Komu niti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 serta kepentingan kerjasama. antara tujuh bursa saham negara anggota bagi menempatkan ASEAN di tangga kesembilan dalam pasaran saham dunia.
Hadir sama, Presiden Kelab Pemiagaan ASEAN (ABC) Tan Sri Dr Munir Majid, Ketua Setiausaha MITI, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan Ketua Hubungan An tarabangsa Bursa Saham Thailand, Pongpiti Ektheinchai.
Pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEANRussia di Sochi, Russia, barubaru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, negara Asia Tenggara mencapai persetujuan menimbang secara serius cadangan mewujudkan FTA ASEANEAEU.
Selain Russia, blok perdanganan EAEU dianggotai Armenia, Belarus, Kazakh stan dan Kyrgszstan di mana Russia menjadi rakan dialog ASEAN sejak Julai 1996.
Dianggarkan negara ang gota ASEAN dan EAEU mempunyai gabungan Ke luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASS3.5 trilion (RM14.43 trilion) dengan jumlah penduduk lebih 700 juta