Keputusan EAEU perlu dapat konsensus ASEAN

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Mei ASEAN akan meneliti potensi perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) pada mesyuarat pegawai kanan ekonomi ASEAN (SEOM) Ogos ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Serf Mustapa Mohamed berkata, rundingan dengan pihak Rusia dan empat negara EAEU akan dijalankan selepas mendapat konsensus daripada kesemua negara anggota ASEAN.

Katanya, Malaysia sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan FTA itu memandangkan negara mahu mempelbagaikan hubungan dagangan dan pelaburan dengan mengambil kira potensi masa depan Rusia yang berkembang dengan baik.

“Bagaimanapun, kita perlu mendapat konsensus daripada negaranegara anggota ASEAN sebelum memulakan rundingan dengan Rusia. Setakat ini, kita belum ada sebarang tarikh akhir untuk memuktamadkan perjanjian dagangan ini.

“Pastinya, Malaysia juga mahu mengambil kesempatan atas peluang FTA ini kerana negara mempunyai pelaburan dan perdagangan yang terhad dengan Rusia ketika ini,” katanya selepas majlis Dialog AEC 2025 di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Kelab Peraiagaan ASEAN (ABC), Tan Sri Dr. Mohd. Mumr Abdul Majid; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria dan Ketua Hubungan Antarabangsa Bursa Saham Thailand, Pongpiti Ektheinchai

Majlis dialog itu yang dianjurkan ABC, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Institut Penyelidikan ASEAN CIMB dihadiri lebih 150 peserta terdiri daripada syarikat multinasional dan perniagaan serantau untuk membincangkan tentang Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025.